Thursday 10 March 2011

KAWAN..SAHABAT..TEMAN..

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.
Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.
“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Maryam.
Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg. Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungutdan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.
Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.
“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu Mayam.
Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.
“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu Maryam.
Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik daripada membenci…!

cerita nie mmg sngaja aq paparkan utk semua...nape eak???
hmm..melalui cerita nie kta dpt tau apa itu benci sbnrnya...ibarat pisang yg busuk...cuba korang buah yg bsuk ke mna2 sje...komfem ramai yg xnk dkat ngan kowg kan..
ibarat apabla kte b'kawan...klu aty xikhlas n sntiasa rsa cmbru dgn kjayaan owg len..sehingga tmbulnya prsn benci t'hdp owg 2..maka d'ibrtkn sprt bwa psng bsuk ke mna2 aje...
apabila b'kawan biarlah hati sntiasa ikhlas...apabila ikhlas tmbulnya prasaan cinta n syg..apabila cnta n syg tmbul maka terbina lah 1 ukhwh fillah di antara mereka yg b'sahabat...
oleh itu,cinta n sayang la sahabat mu agr t'jlinnya sebuah ukhuwah....

ceritA ini adalah utk shbt ku...nur atiqah ridzwan..smoga knangan yg d'cpta slma kte b'kwn kekal dlm ingtn mu..smoga kehidupan mu sentiasa diredhai olehNYA....




zaman form 4 kami...hehehe


zaman form5...:)


setiap pertemuan ada perpisahan..jdkan pica nie sbg tatapan klu ko indu kan ktowg..hehe..

3 comments:

  1. nice story..
    jemput dtg ke blog aku
    http://alampengembara.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. so sweet..
    erm...jmput la follow blog aq...<3

    ReplyDelete